HACKATHON DIGITECH NUSA 2026
Untuk Pelajar Politeknik
Pengenalan
Tema:
Teknologi Digital Inklusif: Inovasi Berteras Ihsan
Selaras dengan tema “Teknologi Digital Inklusif: Inovasi Berteras Ihsan”, program ini dirangka untuk mencungkil bakat pelajar Diploma Teknologi Maklumat dari semua Politeknik Malaysia dalam pembangunan perisian dan sistem digital yang berasaskan data, selamat serta saling berhubung. Pendekatan ini menekankan nilai Ihsan sebagai teras inovasi, dengan fokus kepada pembangunan teknologi yang inklusif, beretika dan berorientasikan kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan keperluan khas.
Objektif:
- Memberi peluang pelajar menghasilkan inovasi teknologi digital terbuka berkonsepkan aplikasi mudah alih/ laman web atau sistem maklumat yang menyampaikan mesej kesejahteraan ihsan..
- Menggalakkan pelajar Politeknik Malaysia menghasilkan inovasi solusi digital yang relevan dengan keperluan industri serta berteraskan nilai Ihsan, Kesejahteraan dan Keyakinan.
Peserta
Pelajar Politeknik sahaja.
- Terbuka kepada semua pelajar JTMK (DIT/DDT) sesi semasa.
- Setiap politeknik (JTMK) diwajibkan menghantar 1 kumpulan.
- Setiap kumpulan disertai oleh maksima tiga (3) orang pelajar.
- Setiap kumpulan diperlukan seorang mentor (pensyarah).
Syarat Penyertaan
SYARAT KELAYAKAN & PENDAFTARAN
- Pelajar Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik Malaysia.
Tarikh Penting
Pendaftaran:
17 Mac – 17 April 2026 ![]()
Taklimat Kepada Peserta:
15 April 2026
Penghantaran Projek Untuk Semakan:
24 Mei 2026
Sesi Pitching:
15 Jun 2026
Pengumuman Keputusan:
16 Jun 2026
Nota: Setiap kumpulan peserta wajib mematuhi dan menyertai aktiviti yang ditetapkan.
Lain-lain
Hak Penganjur & Penafian (Disclaimer)
Pihak penganjur berhak untuk meminda sebarang syarat penyertaan, tarikh pertandingan, dan kategori hadiah tanpa notis terlebih dahulu.
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan harta benda yang dialami oleh peserta sepanjang program berlangsung.
Sebarang percubaan sabotaj atau manipulasi sistem yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam peraturan ini akan dinilai atas budi bicara mutlak jawatankuasa penganjur.
Keputusan panel juri bagi setiap kategori dan sistem pemarkahan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
