CODE RUMBLE
Untuk Pelajar Politeknik / Kolej Komuniti / Terbuka
Pengenalan
Code Rumble adalah pertandingan pengaturcaraan komputer terbuka kepada semua pelajar DDT/DIT JTMK politeknik seluruh Malaysia.
Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk menguji kemampuan pelajar menyelesaikan masalah secara individu menggunakan bahasa pengaturcaraan C++, Java dan Python.
Pertandingan akan dilaksanakan menggunakan platform pengaturcaraan atas talian.
Peserta
Terbuka kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
Syarat Penyertaan
SYARAT KELAYAKAN & PENDAFTARAN
1. Pelajar Bidang Pengkomputeran di Politeknik (DIT/DDT) / Kolej Komuniti (SSK/STM).
2. Bilangan peserta:
-
- POLITEKNIK – 2 peserta bagi setiap institusi (30 penyertaan)
- KOLEJ KOMUNITI – 1 peserta bagi setiap institusi (30 penyertaan)
3. Pertandingan adalah secara individu.
4. Terhad kepada 60 penyertaan terawal.
5. Pihak Jawatankuasa berhak menentukan peserta yang layak.
6. Durasi pertandingan adalah 2 jam.
7. Pemarkahan adalah berdasarkan skema, input dan output.
Tarikh Penting
Tarikh pendaftaran:
17 Mac – 17 April 2026 ![]()
Tarikh pertandingan:
14 – 16 Jun 2026
Tarikh pengumuman keputusan:
16 Jun 2026
Lain-lain
Hadiah Pertandingan:
Hadiah pertandingan ini terbahagi kepada DUA (2) kategori berasingan iaitu:
- Kategori Politeknik [5 Hadiah Utama]
- Kategori Kolej Komuniti [5 Hadiah Utama]
Hak Penganjur & Penafian (Disclaimer)
Pihak penganjur berhak untuk meminda sebarang syarat penyertaan, tarikh pertandingan, dan kategori hadiah tanpa notis terlebih dahulu.
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan harta benda yang dialami oleh peserta sepanjang program berlangsung.
Sebarang percubaan sabotaj atau manipulasi sistem yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam peraturan ini akan dinilai atas budi bicara mutlak jawatankuasa penganjur.
Keputusan panel juri bagi setiap kategori dan sistem pemarkahan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
