SUSTAINABLE APP WARRIOR
Untuk Pelajar Kolej Komuniti
Pengenalan
Pertandingan ini adalah untuk menyediakan platform kepada pelajar Kolej Komuniti untuk menguji dan memperkasa kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, di samping mengasah pemikiran kritis, kreativiti, inovasi serta semangat kerja berpasukan. Program ini turut menyokong usaha melahirkan graduan berkemahiran tinggi, kompetitif dan berciri holistik selaras dengan keperluan industri digital semasa.
Tema pertandingan perlu sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah ditetapkan berdasarkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Pasukan mestilah menyatakan dengan jelas SDG yang dipilih dan menghuraikan bagaimana inovasi tersebut menyumbang kepada pencapaian matlamat tersebut.
Peserta
Terbuka kepada pelajar Kolej Komuniti.
Syarat Penyertaan
SYARAT KELAYAKAN & PENDAFTARAN
- Terbuka kepada semua pelajar Bidang Pengkomputeran Kolej Komuniti (Sijil Teknologi Maklumat).
- Pertandingan diwakili secara berkumpulan (3 orang pelajar) dan seorang pensyarah pembimbing.
- Setiap Kolej Komuniti DIBENARKAN menghantar maksimum 2 pasukan sahaja.
- Menyatakan dengan jelas SDG yang dipilih dan menghuraikan bagaimana inovasi menyumbang kepada pencapaian matlamat.
- Aplikasi yang dibangunkan perlulah bersesuaian dengan aplikasi Android.
- Platform pembangunan aplikasi : MIT App Inventor, Thunkable, Android Studio, FlutterFlow dan lain-lain yang bersesuaian.
- Terdapat dua peringkat dalam pertandingan ini:
Peringkat Saringan – Idea invasi, prototaip, video
Peringkat Akhir Pembentangan akhir dan pameran – 15 pasukan - Kumpulan yang diumumkan sebagai finalis akan dijemput untuk menghadiri Pembentangan Akhir dan Pameran
- Keputusan juri dan hakim adalah muktamad.
Tarikh Penting
Tarikh pendaftaran:
17 Mac – 17 April 2026 ![]()
Tarikh Saringan (Atas Talian):
1 Mei 2026 ![]()
Tarikh Pengumuman Finalis:
25 April 2026 – 29 Mei 2026
Tarikh Pertandingan (Bersemuka):
14 – 16 Jun 2026
Lain-lain
Panduan Umum Bahan
- Kandungan bahan tidak mengandungi unsur-unsur sensitif, negatif dan subversif.
- Kandungan yang dibangunkan mestilah berkaitan dengan tema.
- Kandungan yang dibangunkan tidak melanggar harta intelek.
- Istilah, tatabahasa, laras bahasa, kosa kata serta fakta yang disediakan mestilah sesuai dan tepat.
- Bahasa utama penghantaran ialah Bahasa Inggeris, namun Bahasa Melayu boleh digunakan.
Penghantaran
Peringkat Saringan
- Idea inovasi
- Video Pembentangan Idea (pitching)
- Prototaip inovasi
Peringkat Akhir
- Poster Inovasi
- Laporan Akhir
- Inovasi Penuh
- Pembentangan Akhir
- Pameran (showcase)
Hak Penganjur & Penafian (Disclaimer)
Pihak penganjur berhak untuk meminda sebarang syarat penyertaan, tarikh pertandingan, dan kategori hadiah tanpa notis terlebih dahulu.
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan harta benda yang dialami oleh peserta sepanjang program berlangsung.
Sebarang percubaan sabotaj atau manipulasi sistem yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam peraturan ini akan dinilai atas budi bicara mutlak jawatankuasa penganjur.
Keputusan panel juri bagi setiap kategori dan sistem pemarkahan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
