MLBB CHAMPION BATTLE’s

Untuk Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti

Pengenalan

testimonial-stars
mlbb_logo

MLBB Champion Battle’s merupakan pertandingan e-sukan Mobile Legends yang dianjurkan sempena PolyCC Cyber Warriors II 2026. Program ini terbuka kepada pelajar dari Politeknik dan Kolej Komuniti yang menawarkan program pengkomputeran sebagai platform mengasah kemahiran strategi, kerjasama berpasukan serta disiplin dalam suasana pertandingan yang kompetitif dan profesional.

Mobile Legends ialah sebuah permainan video dalam talian berkonsepkan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang dimainkan melalui peranti mudah alih. Permainan ini dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton, dan sejak dilancarkan pada tahun 2016, ia telah menjadi antara permainan mudah alih paling popular di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia.

Peserta

testimonial-stars

Terbuka kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.

Syarat Penyertaan

testimonial-stars

SYARAT KELAYAKAN & PENDAFTARAN

  1. Pelajar Bidang Pengkomputeran di Politeknik (DIT/DDT) / Kolej Komuniti (SSK/STM)

Tarikh Penting

testimonial-stars

Tarikh pendaftaran:

17 Mac – 10 April 2026 

Tarikh Saringan (Atas Talian):

21 – 22 April 2026 

Tarikh Perlawanan (Bersemuka):

14 – 16 Jun 2026

Lain-lain

testimonial-stars

Maksimum Pemain : LIMA (5)

Format : 

Atas talian  – Single Elimination Bo1  (Group Stage)

Bersemuka – Bo3 → Final Bo5 (Quarter, Semi & Final Stage)


Peraturan peranti:

  • Akaun peribadi
  • Tiada akaun shared
  • Guna peranti sendiri (BYOD)
  • Internet / Mobile data sendiri

Hak Penganjur & Penafian (Disclaimer)

testimonial-stars

Pihak penganjur berhak untuk meminda sebarang syarat penyertaan, tarikh pertandingan, dan kategori hadiah tanpa notis terlebih dahulu.

Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan harta benda yang dialami oleh peserta sepanjang program berlangsung.

Sebarang percubaan sabotaj atau manipulasi sistem yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam peraturan ini akan dinilai atas budi bicara mutlak jawatankuasa penganjur.

Keputusan panel juri bagi setiap kategori dan sistem pemarkahan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.