CAPTURE THE FLAG
Untuk Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti
Pengenalan
Pertandingan Capture the Flag (CTF) merupakan pertandingan keselamatan maklumat berasaskan kemahiran yang bertujuan menguji keupayaan teknikal, pemikiran analitikal, kerja berpasukan serta penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pertandingan ini dijalankan secara berpasukan, di mana setiap pasukan terdiri daripada TIGA (3) orang pelajar dari institusi yang sama. Semua pasukan akan bersaing dalam tempoh masa yang ditetapkan menggunakan platform pertandingan CTF yang menyediakan sistem pemarkahan automatik dan papan markah secara langsung (live scoreboard).
Pertandingan ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam bidang keselamatan maklumat.
- Mengaplikasikan pengetahuan teori kepada situasi sebenar secara hands-on.
- Memupuk kemahiran kerja berpasukan, komunikasi dan pengurusan masa.
- Mengenal pasti bakat pelajar yang berpotensi dalam bidang keselamatan siber.
- Menyokong agenda pendigitalan dan keperluan industri IR 4.0.
Semua aktiviti pertandingan dijalankan dalam persekitaran rangkaian terkawal dan terasing, bagi memastikan keselamatan infrastruktur serta pematuhan kepada etika dan peraturan pertandingan.
Peserta
Terbuka kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti
Syarat Penyertaan
SYARAT KELAYAKAN & PENDAFTARAN
- Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar dalam program pengajian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat peringkat Diploma dan Sijil dari seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
- Setiap institusi dibenarkan untuk menghantar hanya SATU (1) penyertaan pasukan. Sekiranya terdapat institusi yang ingin menghantar LEBIH daripada SATU (1) penyertaan, permohonan penyertaan hanya akan diterima sekiranya masih terdapat kekosongan sehingga tarikh akhir pendaftaran.
- Setiap pasukan WAJIB disertai oleh TIGA (3) orang pelajar dari institusi yang sama.
- Pendaftaran mestilah lengkap sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
ETIKA & TATA TERTIB
- Larangan Serangan: Peserta dilarang sama sekali mencuba untuk menyerang papan pemuka (dashboard) atau pelayan (server) pertandingan. Peserta juga dilarang melakukan serangan Denial of Service (DoS/DDoS) terhadap papan pemuka atau pelayan semasa pertandingan sedang berlangsung.
- Integriti: Peserta dilarang berkongsi jawapan (flag) atau berbincang mengenai teknik penyelesaian dengan pasukan lain semasa pertandingan berlangsung. Peserta juga tidak dibenarkan menerima bantuan daripada individu selain ahli pasukan bagi menyelesaikan soalan atau cabaran.
- Gangguan Fizikal: Peserta dilarang mengganggu operasi atau kelancaran perjalanan pertandingan. Peserta dilarang melakukan penggodaman yang tidak dibenarkan, penipuan, sabotaj, atau ugutan sepanjang tempoh pertandingan.
- Penalti: Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkirkan serta-merta (Disqualified).
FORMAT “FLAG“
- Semua “flag” akan mempunyai format yang seragam, contoh: CW26 {teks_rahsia_di_sini}.
- “Flag” mestilah dihantar ke dalam sistem skor mengikut sensitiviti huruf (case-sensitive).
Tarikh Penting
Tarikh pendaftaran:
17 Mac – 17 April 2026 ![]()
Tarikh bootcamp peserta:
22 – 23 April 2026
Tarikh pertandingan:
15 Jun 2026
Tarikh pengumuman keputusan:
16 Jun 2026
Lain-lain
BANTUAN TEKNIKAL (HINTS)
- Pihak penganjur mungkin akan mengeluarkan “Hints” bagi cabaran tertentu apabila dirasakan perlu.
- Namun begitu, penggunaan “Hints” oleh peserta akan menyebabkan penolakan mata daripada nilai asal cabaran tersebut.
KATEGORI HADIAH PERTANDINGAN:
Hadiah pertandingan ini terbahagi kepada DUA (2) kategori berasingan, iaitu:
- Kategori Politeknik [5 Hadiah UTAMA]
- Kategori Kolej Komuniti [5 Hadiah UTAMA]
SISTEM PEMARKAHAN & PENENTUAN PEMENANG
- Mata Berasaskan Tahap: Mata diberikan mengikut tahap kesukaran cabaran (Mudah, Sederhana, Sukar).
- Tie-Breaker: Sekiranya terdapat mata yang sama, kedudukan akan ditentukan berdasarkan masa terpantas (timestamp) penghantaran “flag” terakhir yang sah.
- Keputusan Juri: Keputusan juri dan jawatankuasa penganjur mengikut sistem skor adalah muktamad.
PENGGUNAAN PERALATAN & PERISIAN
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan kefungsian komputer riba masing-masing.
- Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) adalah dibenarkan secara terhad bagi tujuan pembelajaran, pemahaman konsep, dan pengukuhan pengetahuan teknikal sahaja.
Peserta dibenarkan menggunakan AI untuk:
- Mendapatkan penjelasan berkaitan konsep teori
- Mendapatkan panduan umum penggunaan peralatan atau perisian
- Mendapatkan bantuan bagi tujuan memahami struktur kod atur cara atau proses penyahkodan sesuatu format data.
- Walau bagaimanapun, penggunaan AI adalah dilarang sama sekali dalam keadaan berikut:
- Meminta jawapan secara langsung bagi mana-mana soalan atau cabaran.
- Mengarahkan AI untuk menjana eksploitasi lengkap atau mengekstrak flag secara terus.
- Menggunakan AI bagi menyelesaikan cabaran secara automatik tanpa melalui proses analisis dan pembelajaran sendiri.
Pegawai Perhubungan
Politeknik
Mohd Firdaus bin Awang (011-54106569)
Kolej Komuniti
Zurilawati binti Md Zawawi (019-5568515)
Hak Penganjur & Penafian (Disclaimer)
Pihak penganjur berhak untuk meminda sebarang syarat penyertaan, tarikh pertandingan, dan kategori hadiah tanpa notis terlebih dahulu.
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan harta benda yang dialami oleh peserta sepanjang program berlangsung.
Sebarang percubaan sabotaj atau manipulasi sistem yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam peraturan ini akan dinilai atas budi bicara mutlak jawatankuasa penganjur.
Keputusan panel juri bagi setiap kategori dan sistem pemarkahan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
